WELCOME to SCOUT 87 site.
hope you'll enjoy all the information here.
;D
SALAM PENGAKAP!

Wednesday, July 13, 2011

Kejohanan Sukan SMKDE

Pada 06 Julai, Kejohanan Sukan SMK Darul Ehsan kali ke 16 telah berlangsung di Stadium Majlis Pembandaran Selayang. Macam biasa la, Pengakap 87 ada hantar wakil untuk pertandingan kawad kaki formasi. Untuk pengetahuan semua, kami dah berlatih selama 2 bulan bermula bulan Mei. Tak dinafikan macam-macam masalah yang melanda, susah nak cari ahli(masing-masing masuk maccam paksa rela), ada juga ahli yang datang lewat waktu latihan,suruh datang pukul 3, 3.30 baru muncul (janji melayu la katakan) dll. Tapi waktu kawad memang waktu yang cukup menyiksakan, cakap aje apa yang kita orang tak kena buat , front support , star jump, meniarap kat rumput…semua ada. Kesalahan? biasa…tangan tak paras, hentak kaki laju sangat dan macam-macam (macam tak pernah kawad aje!).
Last day practice iaitu semalam, memang kita orang practice gila-gila :) Segala kelemahan kita orang cuba betulkan sebab waktu raptai hari sabtu tu, cukuplah korang tau…hancuuuss! Dalam 6.30 baru kita orang balik.
Sambung balik cerita kt stadium tadi. Janji sebelum pukul 7 kena ada kat stadium, tapi ramai jugak la yang datang lambat, tak kurang jugak ade sorang mamat ni accident. Pagi tu Syara macam emo terlebih sikit, kesian kita orang kena marah. Takpe2 kita orang paham, dia tension tu :)
Kawad waktu perasmian sukan tu memang kita orang hancuss, hanya mampu geleng kepala sahaja. Habis aje perasmian, kita orang pegi duduk sementara nak tunggu kawa formasi. Waktu breakfast tu Syara cakap “takpe2, yang lepas tu lepas. Kita tebus balik waktu kawad formasi nanti”.
Sebelum start, semua unit dah ready dekat tepi padang tapi budak-budak pengakap baru terkedek-kedek nak jalan pegi sana, ahli-ahli kita ni carefree sangat la. Sempat la kita orang berlatih sebelum start. Sebelum masuk trek, Najmi datang kat kita orang bagi ‘moral support’ dan adli baca doa. Alhamdulillah, waktu buat formasi tu, cuaca redup! Manusia biasa yang selalu buat silap, begitu juga kami. Adela sikit-sikit terlupa step dan terlajak langkah.
Sekarang tibalah masa untuk upacara penutupan yang mana keputusan untuk kawad kaki formasi tu akan diumumkan. Macam semua orang dah tau, kemenangan kali ni berpihak kepada kami PENGAKAP 87 GOMBAK. Pertama kali dalam penubuhan pengakap 87 Gombak,kami menang dalam pertandingan ni.
Terima kasih kepada semua budak-budak kawad, korang dah kawad dengan sepenuh hati hari itu.
Terima kasih pemimpin-pemimpin pengakap, Cikgu Ida, Cikgu Norlia dan Cikgu Wan Junaidah dll yang banyak menyokong dan member kepercayaan kepada kami untuk membawa nama Pengakap 87 Gombak .
Terima kasih senior-senior/penolong pemimpin, Tuan Najmi, Tuan Waei, Botak, Along, Adik,Lili, Amy dll sebab datang tengok kita orang practice dan betulkan kesalahan kita orang.
Terima kasih kepada Syarafana dan Hilmi yang banyak bersabar dengan karenah kita orang
Terima kasih kepada semua ahli pengakap yang banyak menyokong.

TERIMA KASIH SEMUA!!


Syara yang emo??

Practise doa je ni

Upacara perasmian

Ketua platun yang cedera

Berposing sebelum pergi 'bertempur'
                                                             
Bersedia
Formasi 1
Formasi 2
Formasi 3
Buat habis baik! 87 Gombak!

Kami JUARA!

Kejayaan dikongsi bersama :)

Jumpa lagi tahun depan!



No comments:

Post a Comment