TEMPAT: PADANG SMK DARUL EHSAN
MASA : 7.30 PAGI SEHINGGA 10.30 PAGI
CUACA : PANAS!
bertolak dari rumah pada pukul 7.15 pagi, tapi akhirnya datang lambat juga, sedikit sahaja yeaw! lepas itu kami buat ladang kuda berbentuk 'U' untuk istiadat pagi di padang SMK DARUL EHSAN. Patrol yang bertugas hari ini ialah 'RAJAWALI'. Para Peserta diagihkan mengikut patrol yang telah ditetapkan.
Aliah iaitu Penolong pengakap muda memberi arahan kerana dia adalah salah satu ahli kumpulan Rajawali, sepatutnya Hilmi tapi dia datang lambat pula.
Selepas upcara itu selesai, bermulalah backwood kami, saya dan nadiah [Q.M] pergi mencari benda untuk meletakkan air untuk peserta backwood la katakan! ;D



Selepas itu kami pergi la membasuh dulu sebab berhabuk, kite kene jadi pembersih sekarang kerana banyak sangat penyakit dan kuman-kuman yang akan terjebak. HAHA.
Kalau tak basuh bersih-bersih nanti ade yang kene cirit birit, lagi seksa.
Selepas membasuh, kami pergi balik ke padang untuk menolong peserta.
MENU: TELUR, KENTANG DAN ROTI LILIT!










Ujian akan berlangsung selama 1 jam, wisel pertama yang ditiup oleh najmi tandanya adalah bermula, yang kedua menunjukkan sudah setengah jam dan wisel terakhir adalah masa tamat.Najmi, Nadirah dan saya jadi tukang check! first time tuyh jadi perasa makanan. haha.


Dan akhirnya ia tamat pada pukul 10.30 pagi. Akhirnya keputusan dikeluarkan, setelah berbincang dengan najmi dan ketua troop kami, nadirah bahawa semua orang gagal kerana makanan yang dimasak tidak masak. JADI kena lah buat semula ujian itu.
sekian...
No comments:
Post a Comment